Make your own free website on Tripod.com
JENIS-JENIS AIR
Apakah air yang anda minum ?

Air Mata Air
Buktinya sedap jika ia di ambil daripada punca yang bersih dan suci. Tentukan persekitaranya juga bersih dan suci dan tidak dicemari. Soalanya , siapakah yang dapat menjamin persekitaran yang tidak dicemari.

Air Paip
Logi rawatan air menggunakan sistem penapisan asas dan klorin untuk menyingkirkan bahan pencemar. Klorin merosakkan air kerana ia mengandungi tarikan ionic yang kuat dan memesongkan struktur air. Ianya juga memudaratkan tubuh badan manusia. Ia dikaitkan dengan masaalah jantung, barah, dan arteriosclerosis. Mendidih air tidak dapat menghapuskan klorin. Menyimpan air di dalam tangki takungan dan kemudian menyalurkannya berbatu-batu kerumah anda, akan menyebabkan air kehilangan unsure tenaga, oksigen dan kehilangan segala kebaikan dan ciri-ciri air semujadi yang diperlukan tubuh badan.

Air botol
Kebanyakannya datang dari air paip yang telah ditapis yang mungkin ( atau tidak ) bebas dari pencemaran jika tidak dipantau dengan teliti. Air galian mungkin lebih elok tetapi puncanya perlulah bersih daripada kecemaran.

Air Tapis
Yang menggunakan teknik “ reverse osmosis” (RO) mempunyai kebaikan tersendiri tetapi ia agak mahal kerana ia memerlukan kerja-kerja sistem paip air dan pemasangan yang lebih, juga terdapat banyak pembaziran air. Ia juga memerlukan bekalan elektrik untuk menggerakkan pam yang menolak air menerusi membrane nipis di dalam jenteran-jenteranya.
Ia dapat menyingkirkan bahan-bahan merbahaya dengan lebih berkesan tetapi pada waktu yang sama proses ini juga menyingkirkan semua unsur-unsur air  termasuk galian-galian untuk keperluan tubuh badan

Air Suling
Adalah air mati dan  dengan itu tidak memberi kesan pemulihan. Ia mempunyai cas ion, pH, polarisasi dan pengoksidan yang salah . Lebih lama anda meminumnya, lebih besarlah peluangnya untuk anda mendapat masalah kekurangan zat galian dan mencapai tahap asid didalam tubuh anda.  Air O2, Air Berkuasa ( Energy ), Air Alkali, Air Rangkaian ( Clustered ), Air Magnet, Air Salunan (Resonance) dan sebagainay adalah yang terkini di pasaran.

NEWater
Program Tebus Semula Air Singapura di perkenalkan dan di hebahkan tahun ini. Secara amnya, ia adalah air terpakai yang telah melalui proses pembersihan rawatan yang ketat mengunakan teknologi dwi-membran (micro filtration dan reverse osmosis ) dan teknologi ultra-ungu.

# Jikalau anda boleh mendapatkan air zam-zam daripada Mekah, air daripada daerah Hunza di Pakistan, air Nariwa dari Jepun, atau air Lourdes dari Perancis, mungkin anda tidak perlu mengambil sebarang jenis air yang lain.