Make your own free website on Tripod.com
Terapi Air Penawar Aura
Bagaimana mendapatkan manafaat yang terbaik :

7 langkah ke arah kesejahteraan menerusi Terapi Air RX

Mulakan hari anda dengan meminum segelas Air RX. Secara beransur-ansur tingkatkan kepada 1 liter untuk orang dewasa dan setengah liter untuk kanak-kanak berumur lebih 10 tahun.

Untuk mereka dibawah 10 tahun minumlah sebanyak mana yang diinginkan. Minum sebelum memberus gigi dan elakkan makan atau minuman lain sekurangnya  setengah jam selepas itu.Dengan cara ini , air RX akan “membasuh” buah pinggang anda dan menyah toksin tubuh anda untuk menghadapi harian. Jika anda dapat minum lebih dari kuantiti ini, silakan. Kemudian goyangkan tubuh anda secara beralun perlahan - lahan atau pergi berjalan atau buat sedikit senaman renggangan untuk membolehkan gravity mempercepatkan proses “membasuh”. Jangan pergi terlalu jauh dari bilik air kerana sesetengah dari anda akan memerlukannnya lebih segera dari yang lain.

Minum sekurang-kurannya tujuh gelas air Rx setiap hari. Dimasa-masa lain, tentukan tubuh anda mendapat air secukupnya. Perhatikan air kencing anda. Jika ia jernih,anda sedang melakukkan yang terbaik.

Dengarlah kepada tubuh anda Jangan makan jika tidak lapar. Sebaliknya , minumlah segelas air RX

Belajar mengenal pasti apa yang tubuh anda cuba memberitahu anda  jika anda mengalami pening - pening, sakit perut, kelesuan, atau banyak lagi sakit - sakit biasa, cuba segelas air RX sebelum mencapai ubat yang biasa

Minum segelas air RX setengah jam sebelum anda makan. Jangan minum ketika sedang makan jika boleh.

Minum segelas air RX jika anda berasa tertekan atau gementar. Ini akan membantu cecair tubuh anda mengalir dengan lancar dan membantu menenangkan anda. Yakinlah bahawa masalah anda akan dapat diselesaikan.

Makanlah dengan akal dan bersederhana. Makan sebelum anda lapar, berhenti sebelum anda kenyang.

Nota
Ingatlah sebelum meminum aur RX, berdoalah dengan nama Allah SWT apa yang dihajatkan untuk tubuh anda dan tiupkan doa tersebut ke dalam air RX. Keadaan berlainan mungkin memerlukan pengubahsuaian tatacara.